Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Manusia harus kawal teknologi kecerdasan buatan’

    BERLIN, 23 MEI – Tiada pekerja harus ‘tertakluk kepada kehendak mesin’, Ketua Kesatuan Sekerja Eropah, Esther Lynch memberi amaran, menggesa peraturan untuk memastikan manusia kekal mengawal ketika teknologi kecerdasan buatan (AI) berkembang pesat.

    Dengan cara yang sama seperti perjanjian Kesatuan Eropah melindungi kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, peraturan juga diperlukan untuk menjamin ‘prinsip kawalan manusia’ apabila melibatkan AI, kata Lynch dalam temu bual menjelang perhimpunan besar wakil kesatuan di Berlin.

    “Kami perlu diberi jaminan bahawa tiada pekerja tertakluk kepada kehendak mesin,” kata Lynch kepada AFP, senario yang dikatakannya akan menjadi ‘distopia’.

    Lynch, Setiausaha Agung Konfederasi Kesatuan Sekerja Eropah (ETUC) sejak Disember lalu, akan mengetuai Kongres ETUC selama empat hari yang bermula di ibu negara Jerman hari ini.

    Lynch berkata peraturan AI adalah salah satu topik yang akan dibincangkannya dengan Pesuruhjaya Pekerjaan dan Hak Sosial Kesatuan Eropah (EU), Nicolas Schmit semasa kongres itu.

    EU sedang membahaskan draf teks yang menyeru sekatan tentang cara AI boleh digunakan di Eropah, membawa blok itu semakin hampir kepada kelulusan undang-undang AI.

    Adalah ‘amat penting’ AI diperkenalkan “dengan cara yang berfungsi untuk orang yang bekerja dan bukannya menentang mereka”, kata Lynch. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...