Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Terlalu rindu mendiang anak

    Pemergian aktor, Lee Ji Han akibat tragedi Halloween Itaewon pada 29 Oktober lalu sangat memberi kesan kepada keluarga terutama ibunya.

    Ibu Lee iaitu Ko Min Jung meluahkan rasa rindu terhadap mendiang anaknya itu serta memberitahu dia merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan ibu bapa.

    “Aku menyayangimu, aku menghormatimu, aku merindukanmu. Kenapa awak pergi dahulu sebelum ibu dan bila kita akan berjumpa lagi?

    “Tuhan, aku mohon ambil diriku sebagai ganti dan kembalikan Lee semula,” katanya.

    Perkongsian Ko yang dimuat naik di Instagram itu mengundang sedih pengikutnya.

    “Dia bukan sahaja memiliki wajah yang tampan tetapi baik hati. Terima kasih kerana menjadikan Ji Han sebagai orang baik. Pelukan hangat untuk ibu! Ibu memang seorang yang hebat kerana telah melahirkan insan lelaki yang hebat. Semoga Ji Han tenang di sana,” komen warganet.

    Lee dikhabarkan ingin membantu seorang kanak-kanak perempuan yang terhimpit dengan orang ramai dalam tragedi Halloween Itaewon namun gagal dan akhirnya mengorbankan nyawanya. – Agensi

    Luahan hati ibu mendiang Lee yang tidak dapat menerima pemergian anaknya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...