Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Thompson jadi wira tewaskan Lakers

    SAN FRANCISCO, 8 APRIL – Jurulatih Golden State, Steve Kerr membuat keputusan untuk memberitahu Klay Thompson bahawa dia bermain permainan terbaiknya sejak kembali pada Januari selepas ketiadaannya selama dua tahun setengah berikutan dengan pembedahan dan pemulihan yang panjang pada lutut kiri dan Achilles kanannya.

    Jordan Poole terus melakukan tugasnya untuk memberikan semangat apabila Warriors kehilangan pemain seperti Thompson atau pada masa ini ialah Stephen Curry.

    Thompson menjaringkan 33 mata dengan enam jaringan three-point dan Golden State memenangi perlawanan ketiga berturut-turut selepas rentetan kekalahan empat kali, menewaskan Los Angeles Lakers dengan kemenangan 128-112 pada malam kelmarin.

    Poole menambah sebanyak 19 mata dan 11 assist dalam kerjaya tertingginya untuk Warriors pada malam kemenangan di Chase Center, di mana penyokong besar Golden State dan bintang K-Pop BamBam mengisi masa dengan persembahan yang bersemangat pada separuh masa terakhir Warriors pada musim terakhir perlawanan bagi tuan rumah.

    “Jordan sangat mengagumkan. Dia mengharungi musim ini dengan hebat,” kata Kerr. “Dia menggantikan Klay dan Steph yang masih dalam pemulihan. Dia telah melakukan apa sahaja yang kami minta.”

    Poole terus menunjukkan peningkatannya dengan bertanya soalan kepada pemain veteran seperi Andre Iguodala dan membuat hantaran tambahan untuk mencipta peluang menjaring untuk rakan sepasukannya.

    Sementara itu, Talen Horton-Tucker menjaringkan 40 mata tertinggi dalam kerjaya dengan 15 daripada 28 percubaan menjaring untuk mendahului bagi pasukan Lakers yang ketiadaan pemain seperti LeBron James, Carmelo Anthony dan Russell Westbrook.

    Malik Monk menyumbang 24 mata ketika Los Angeles tewas dalam perlawanan kelapan berturut-turut.

    Andrew Wiggins menambah sebanyak 17 mata dalam perlawanan terakhir Warriors di Bay Area sebelum memegang kelebihan di gelanggang sendiri untuk memulakan playoff pada hujung minggu depan. – AP

    Aksi Talen Horton-Tucker semasa dikasari oleh pemain Golden State Warriors, Klay Thompson pada separuh masa pertama perlawanan NBA di San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...