Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Tidak akan ada pangkalan tentera asing di Solomon’

    SUVA, FIJI, 14 JULAI – Pulau Solomon tidak akan menghoskan pangkalan tentera asing kerana negara itu akan menjadi sasaran bagi ‘serangan tentera’, kata Perdana Menteri, Manasseh Sogavare hari ini, ketika para pemimpin Pasifik itu bergelut dengan cita-cita keselamatan China.

    Pemimpin Solomon itu menghadiri sidang kemuncak Forum Pulau-pulau Pasifik, perhimpunan pertama blok itu sejak negaranya menandatangani persetujuan keselamatan bersama China.

    Pakatan keselamatan China dengan Solomon mencetuskan kebimbangan di rantau Pasifik yang mana ia mungkin membawa kepada kemungkinan Beijing akan menubuhkan kehadiran tentera tetap di pulau itu, meskipun kedua-dua negara itu menafikan rancangan seumpamanya.

    Menubuhkan pangkalan tentera asing di Pulau Solomon akan membuatkan negara itu ‘musuh’ kepada Pasifik, kata Sogavare kepada penyiaran RNZ Pacific.

    Pangkalan itu juga “akan meletakkan negara dan rakyat kami sebagai sasaran bagi potensi serangan tentera dan kerajaan Pulau Solomon tidak akan membenarkan negara dan rakyat kami menjadi sasaran tentera,” katanya.

    Pemimpin Pulau Solomon itu turut membuat jaminan serupa semasa beliau bertemu dengan Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese buat pertama kali, kelmarin.

    Sogavare memeluk Albanese semasa Forum Pulau-pulau Pasifik, sambil memberitahu pemimpin Australia, ‘Saya perlukan pelukan’. – AFP

    Anthony Albanese (kiri) menyambut Manasseh Sogavare semasa forum di Suva pada 13 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...