Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga langgar arahan kena kompaun

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Tiga pelanggaran arahan telah dikesan semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang diadakan dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato mengatakan ketiga-tiga pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, dan para pesalah telah pun dikeluarkan denda kompaun.

    Menurut kenyataan terkini daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), ketiga-tiga kesalahan tersebut telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...