Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga penduduk Palestin meninggal dunia di Tebing Barat

    JENIN, WILAYAH PALESTIN, 14 APRIL – Tiga penduduk Palestin meninggal dunia hari ini ketika pasukan Israel melancarkan serangan baharu di daerah Jenin, Tebing Barat, seminggu selepas lelaki bersenjata dari sana melakukan tembakan rambang di Tel Aviv.

    Israel telah mengerahkan pasukan tambahan ke Tebing Barat dan mengukuhkan temboknya serta pagar perintang dengan wilayah itu selepas empat serangan maut di negeri Yahudi itu telah meragut 14 nyawa, kebanyakannya orang awam dalam tempoh tiga minggu lalu.

    Dalam satu pertempuran dekat Jenin hari ini ‘dua remaja meninggal dunia akibat kecederaan dalam serangan Israel,” kata kementerian kesihatan Palestin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...