Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Tiga singa mati terkena renjatan elektrik

    KAMPALA, 27 APRIL – Tiga ekor singa telah ditemui mati di salah sebuah taman negara terkenal di Uganda selepas disyaki terkena renjatan elektrik, kata pegawai pemuliharaan semalam.

    Ketiga-tiga singa betina ditemui mati berdekatan pagar sebuah rumah penginapan di Taman Negara Queen Elizabeth, satu destinasi pelancong yang popular.

    “Memandangkan punca kematian masih belum diketahui, kami mengesyaki kematian akibat renjatan elektrik,” beritahu Bashir Hangi, pengurus komunikasi Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) kepada AFP.

    Satu siasatan polis telah dilancarkan, dengan bedah siasat untuk memastikan apa yang berlaku kepada singa tersebut dijangka dilakukan, kata Hangi.

    Bagaimanapun, pegawai taman masih belum bertemu dengan pihak pengurusan hotel.

    Penemuan semalam membawa kepada jumlah sembilan singa yang ditemui mati dalam tempoh setahun selepas enam singa lain mati pada Mac tahun lalu akibat keracunan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...