Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Tiga terbunuh kejadian serangan tembak, tikam di Jepun

    TOKYO, 25 MEI – Tiga orang, termasuk dua orang anggota polis, terbunuh dalam serangan tembak dan tikam di wilayah tengah Nagano, lapor media Jepun.

    Seorang suspek lelaki mengurung dirinya di dalam sebuah bangunan selepas kejadian tersebut, menurut penyiar NHK.

    Penduduk digesa untuk terus berada di rumah oleh pihak berkuasa di kawasan sekitar Nakano, di mana kejadian serangan berlaku.

    Seorang wanita ditikam dan dua anggota polis ditembak semasa serangan pada petang hari ini di sebuah ladang, menurut laporan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -