Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiger Woods sedia buru gelaran ke-16

    TULSA, 17 MEI – Tiger Woods memberi keterujaan kepada penonton dan pesaingannya dengan pusingan latihan back-nine kelmarin di Southern Hills sekaligus meneruskan kebangkitannya daripada kecederaan teruk pada kakinya sebelum Kejohanan PGA minggu ini.

    Kepulangan Woods yang luar biasa pada Masters bulan lepas berlaku hanya 14 bulan selepas kemalangan kereta yang teruk, membawa semangat yang sama diciptanya ketika di Augusta National.

    Woods bermain sembilan lubang pada Ahad lalu dan berkata kaki kanannya yang telah pulih dari pembedahan – kakinya disokong menggunakan pin, rod besi dan skru terasa lebih kuat berbanding sebulan lalu.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu, kini menduduki tempat ke-818, memenangi PGA 2007 di Southern Hills, walaupun padang itu menjalani rombakan $11 juta pada 2018. Jika tubuhnya mempunyai kekuatan dan stamina untuk berjalan 72 lubang, kemampuannya boleh menjadi ancaman utama.

    Woods, 46, kini memburu gelaran Grand Slam ke-16 dalam kariernya. – AFP

    Aksi Tiger Woods semasa pusingan latihan sebelum permulaan Kejohanan PGA 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...