Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    TikTok jamin keselamatan data pengguna AS

    WASHINGTON, 24 MAC – Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, tampil julung kalinya di hadapan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai aplikasi yang disifatkan menggugat keselamatan data pengguna.

    Hampir enam jam, Zi Chew menjelaskan bagi meyakinkan jawatankuasa berkenaan mengapa aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu tidak seharusnya diharamkan di AS.

    Tugasnya menjadi lebih sukar memandangkan jawatankuasa Kongres itu sudah mempunyai alasan tersendiri berkaitan TikTok sebelum proses pendengaran itu bermula.

    Proses penjelasan itu dilihat penting kepada syarikat yang kini mempunyai 150 juta pengguna di AS tetapi menerima tekanan yang makin meningkat apabila timbul kebimbangan terhadap keselamatan pengguna dan data aplikasi itu.

    Zi Chew berkata TikTok adalah satu aplikasi yang tidak ada beza dengan syarikat teknologi lain di AS.

    “Dua tahun lalu, saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok. Hari ini, kita mempunyai lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia termasuk 150 juta di AS.

    “Aplikasi kami adalah tempat untuk menjadi kreatif, di mana hampir empat juta perniagaan AS, terutama peniaga kecil, mencari pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan.

    “Kini TikTok semakin meluas dan kami ambil pengajaran daripada syarikat-syarikat sebelum ini, terutama apabila ia membabitkan keselamatan remaja.

    “Majoriti pengguna TikTok berusia lebih 18 tahun dan demografi yang pantas meningkat berusia 35 tahun, jadi kami mengambil banyak masa untuk melaksanakan pendekatan melindungi remaja.

    “Kebanyakan pendekatan itu adalah yang pertama dilakukan oleh industri media sosial,” kata Zi Chew.

    Zi Chew, warga Singapura berusia 40 tahun, memberitahu jawatankuasa bahawa syarikatnya kekal dengan pendirian bahawa keselamatan pengguna terutama golongan remaja sentiasa menjadi keutamaan. – AP

    Shou Zi Chew memberi keterangan semasa soal-siasat Jawatankuasa Tenaga dan Perdagangan Kongres AS di Capitol Hill, Washington pada 23 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...