Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Toyota tarik balik kereta elektrik bZ4X

    TOKYO, 24 JUN – Toyota kelmarin telah menarik balik sebanyak 2,700 buah kenderaan silang bZ4X di seluruh dunia disebabkan bolt roda yang dikatakan boleh longgar, dalam satu halangan besar bagi cita-cita pembuat kereta Jepun itu untuk melancarkan kereta elektrik (EV).

    Antara kenderaan yang tertakluk kepada panggilan balik terkini itu, kira-kira 2,200 dituju ke Eropah, 270 untuk Amerika Utara, 112 untuk Jepun, dan 60 untuk seluruh Asia, menurut kenyataan Toyota. Kenderaan-kenderaan tersebut dikeluarkan antara Mac dan Jun yang lalu.

    Model bZ4X, yang mula dijual kira-kira dua bulan lalu, merupakan model utama dalam rancangan Toyota untuk mengukuhkan barisan kereta elektriknya.

    Toyota telah merancang untuk memiliki 30 jenis model EV menjelang 2030 dan menjual 3.5 juta buah kenderaan elektrik di seluruh dunia pada tahun itu. Toyota juga melabur seba-nyak AS$17.6 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan bateri bagi mencapai matlamat tersebut.

    Nama model ‘bz’ bermaksud siri ‘melebihi sifar’, termasuk siri kenderaan utiliti sukan dari semua saiz, trak pikap dan kereta sport, menurut Toyota.

    Pengeluar model mewah Prius hibrid dan Lexus juga telah dilihat oleh beberapa orang pengkritik sebagai pengeluar yang memacu pengeluaran kenderaan elektrik, sebahagiannya kerana sambutannya yang begitu meyakinkan dan berjaya dalam teknologi hijau lain, seperti hibrid dan sel bahan api bakar serta enjin gas yang cekap. – AP

    Toyota telah menarik balik kenderaan silang model bZ4X atas kemungkinan bolt roda pada kenderaan tersebut longgar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...