Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tunjuk perasaan ekoran kenaikan harga makanan asasi

    TEHRAN, 13 MEI – Pihak berkuasa Iran telah menahan 22 orang penunjuk perasaan yang membantah kenaikan mendadak harga makanan asasi bersubsidi di dua buah bandar di kawasan selatan, menurut laporan media negara awal hari ini.

    Penahanan dilakukan berikutan pengumuman yang dibuat oleh Iran pada minggu ini bahawa kos minyak masak, ayam mentah, telur dan susu akan meningkat sehingga 300 peratus, ketika harga makanan naik di seluruh Timur Tengah disebabkan gangguan rantaian bekalan global dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang merupakan negara pengeksport makanan utama.

    Agensi berita yang dikendalikan oleh kerajaan, IRNA melaporkan 15 orang telah ditahan semalam di bandar Dezful di wilayah Khuzestan, dan tujuh orang lagi di bandar Yasuj di wilayah Kohgiluyeh-Boyerahmad yang terletak di selatan.

    Laporan turut mengatakan 200 orang berhimpun di bandar lain di wilayah Khuzestan, Andimeshk, di mana seorang anggota bomba mengalami kecederaan selepas penunjuk perasaan melontar batu ke arah anggota polis dan bomba.

    Keadaan kembali tenang di semua kawasan pada hari ini, menurut IRNA, memuat naik gambar Presiden Ebrahim Raisi berjumpa pembeli-belah di pasar raya di Tehran untuk mendengar kerisauan mereka.

    Sebelum tunjuk perasaan itu, kumpulan advokasi NetBlock.org berkata gangguan internet dilaporkan di seluruh negara ketika kerajaan bersedia berdepan kemungkinan berlakunya kekacauan. – AP

    Seorang penduduk melintasi sebuah kedai di Tehran, Iran. Pihak berkuasa Iran telah menahan 22 orang penunjuk perasaan yang membantah kenaikan mendadak harga makanan asasi yang bersubsidi.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...