Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Tyson Fury tinggalkan tinju

    LONDON, 12 OGOS – Bintang tinju, Tyson Fury, memutuskan untuk meninggalkan arena tinju, hanya selepas tiga hari menyatakan hasratnya untuk kembali bertinju.

    Fury, 34, dalam satu hantaran melalui media sosial berkata, “Ucapan penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang karier dalam arena tinju. Selepas berfikir panjang, sudah tiba masanya untuk saya meninggalkan sukan tinju.”

    Pada Selasa, Fury mengumumkan bahawa dia akan bersaing dengan peninju dari British, Derek Chisora. Fury menewaskan Chisora sebanyak dua kali sepanjang kerjayanya.

    Pengumuman tersebut mencetuskan spekulasi bahawa Fury, juara heavyweight World Boxing Council (WBC), memberi peluang kepada Oleksandr Usyk, pemegang gelaran WBA, IBF dan WBO bertinju dengan Anthony Joshua pada 20 Ogos di Arab Saudi.

    Bagaimanapun, Fury tidak memberi sebarang alasan terhadap keputusannya untuk berhenti tinju. – AP

    Bintang tinju dan angkat berat, Tyson Fury, ketika menyertai sidang media sebelum perlawanan di Stadium Wembley, London. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...