Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    UK catat kadar inflasi tertinggi

    LONDON, 16 FEB – Kadar inflasi tahunan Britain meningkat pada Januari kepada 5.5 peratus, tahap tertinggi dalam hampir 30 tahun, menurut data rasmi hari ini, justeru memberikan lebih banyak tekanan ke atas kos sara hidup.

    Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat daripada 5.4 peratus pada Disember, kata Pejabat Statistik Negara dalam satu kenyataan.

    Pada 5.5 peratus, tahap itu adalah yang tertinggi dicatat sejak Mac 1992, kata ONS.

    Harga telah naik di seluruh dunia dalam tempoh setahun lalu, sebahagiannya disebabkan kenaikan harga minyak, sementara pengguna juga berdepan harga makanan lebih tinggi ketika ekonomi dibuka semula daripada sekatan pandemik.

    “Kami memahami tekanan yang dihadapi penduduk dengan kos sara hidup,” kata menteri kewangan Britain Rishi Sunak dalam respons terhadap data hari ini.

    “Timbulnya cabaran global,” tambah beliau.

    Ketika inflasi mencecah tahap tertinggi dalam beberapa dekad, membantut kenaikan gaji pekerja, bank pusat sedang menimbang mengenai masa yang sesuai untuk menambah kadar faedah.

    Bank England (BOE) pada awal bulan ini menambah kadar faedahnya untuk kali kedua berturut-turut bertujuan menurunkan inflasi.

    BOE telah meramalkan kadar inflasi tahunan Britain akan mencecah tahap kemuncak pada 7.25 peratus pada April. – AFP

    Seorang pelanggan membeli-belah di pasar raya Sainsbury’s di Walthamstow, timur London. Kadar inflasi tahunan Britain meningkat pada Januari kepada 5.5 peratus, tahap tertinggi dalam hampir 30 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...