Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    UK kerah 8,000 tentera jalani latihan di Eropah

    LONDON, 29 APRIL – Kerajaan United Kingdom (UK) hari ini mengerahkan sekitar 8,000 tentera untuk menjalani latihan di timur Eropah bagi mempamerkan kekuatan selepas Rusia menceroboh Ukraine.

    Latihan selama berbulan lamanya di beberapa negara dari Finland ke Macedonia Utara turut disertai beberapa sekutu termasuk Perancis dan Amerika Syarikat (AS), kata pegawai pertahanan dalam satu kenyataan.

    Britain menghantar 72 kereta kebal Challenger 2 dan 120 kenderaan tempur berperisai dilengkapi senjata artileri, helikopter serta dron untuk menjalani latihan berkenaan.

    Beberapa kontinjen sudah pun dalam perjalanan.

    “Keselamatan Eropah sangat penting,” kata Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace, yang menggelarnya sebagai salah satu perkongsian kerahan terbesar sejak Perang Dingin.

    Pegawai bertugas, Leftenan Jeneral Ralph Wooddisse, berkata Britain membuat sumbangan besar kepada pertahanan Eropah dan menghalang pencerobohan Rusia.

    “Beberapa siri latihan tentera British adalah mustahak untuk kedua-dua pihak,” tambahnya.

    Britain membekalkan peluru berpandu kepada Ukraine untuk melawan Rusia. Pihaknya juga bersiap siaga untuk membantu dengan kereta kebal dan pesawat melalui rakan seperti Poland.

    Setiausaha Luar, Liz Truss Rabu lalu berkata seluruh Ukraine mesti dibebaskan termasuk Crimea, selepas kawasan semenanjung itu dirampas Rusia pada 2014. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...