Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Verstappen azam bangkit di GP Saudi

    JEDDAH, ARAB SAUDI, 24 MAC – Juara Dunia, Max Verstappen berharap dapat melupakan kekecewaan pada pembukaan musim dan mempamerkan potensi sebenar jentera baharu Red Bull di Grand Prix (GP) Arab Saudi.

    Beberapa hari selepas terpaksa menarik diri, sementara bersaing di kedudukan kedua di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc di GP Bahrain, pemandu Belanda berusia 24 tahun itu berkata dia mahu kembali lebih kuat dan pantas pada kelajuan tinggi di Litar Jeddah.

    “Minggu lalu adalah sukar buat kami untuk menerimanya,” kata Verstappen yang meluahkan kekecewaannya ketika perlumbaan menerusi alat radio pasukan sebelum masalah bahan api menghalang dirinya meneruskan baki empat pusingan.

    “Ia amat mengecewakan. Awda sentiasa memperkatakan kepada diri sendiri dan begitu juga kepada pasukan bahawa kami perlu mendapatkan mata. Tidak kisah jika ia hanya satu atau dua mata dalam perlumbaan hujung minggu pertama.

    “Awda sendiri dapat melihatnya. Pada awalnya saya tidak berdepan risiko yang terlalu besar dalam persaingan bersama Charles. Ia persaingan bersih dan saya sangat gembira dengan kedudukan kedua tetapi untuk kehilangan begitu banyak mata adalah sangat mengecewakan.

    Gambar fail menunjukkan Max Verstappen bercakap kepada media selepas sesi kelayakan sehari sebelum Grand Prix F1 Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain di bandar Sakhir. – AFP

    “Awda tahu dalam kejohanan di mana ada kalanya ia membabitkan persaingan sengit dan pada penghujung, beberapa mata yang dikumpul amat penting yang dapat membantu.”

    Leclerc mengatasi rakan sepasukan dari Ferrari, Carlos Sainz dalam kedudukan 1-2 buat pasukan dari Itali itu manakala Lewis Hamilton menduduki tempat ketiga untuk Mercedes.

    Ia adalah kemenangan pertama Ferrari sejak 2019 sekali gus mengembalikan semula kedudukan mereka sebagai pemimpin persaingan sengit jentera pengeluaran perlumbaan F1.

    “Litar Jeddah masih baharu bagi kami. Tahun lalu cabarannya cukup sengit,” Verstappen.

    “Ia sememangnya litar yang pantas dengan laluan lurus kelajuan tinggi dan tahun ini kereta kami agak berat sedikit jadi ia akan menjadi lebih menarik untuk melihat bagaimana prestasinya nanti.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...