Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Virus: Setengah juta maut di India

    NEW DELHI, 4 FEB – Angka rasmi korban COVID-19 di India melepasi 500,000 orang hari ini, meskipun pakar menyatakan lebih banyak kes tidak dilaporkan di seluruh negara.

    Angka terkini dikeluarkan kementerian kesihatan itu menunjukkan jumlah korban mencecah 500,055, meningkat 1,072 dalam tempoh 24 jam.

    Jumlah jangkitan kekal 41.9 juta, menurut statistik, kedua di belakang Amerika Syarikat (AS). Jumlah kes melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan disebabkan oleh jangkitan Omicron namun kadarnya semakin mereda dalam beberapa hari dan kementerian kesihatan minggu lalu berkata ini menunjukkan kes virus semakin mendatar di beberapa buah bahagian di negara itu.

    Pakar berkata gelombang Omicron tidak menyebabkan banyak kematian atau pesakit dimasukkan ke hospital, tetapi beberapa buah negeri mengenakan sekatan pergerakan ketat dan kini mulai melonggarkannya.

    Penganalisis percaya India angka kematian sebenarnya mencecah 500,000 tahun lalu apabila ia dilanda dengan lonjakan dalam kes disebabkan varian Delta dan mengakibatkan sistem penjagaan kesihatan hampir lumpuh.

    Gelombang itu menyaksikan sekurang-kurangnya 200,000 orang meninggal dunia ketika hospital kehabisan bekalan oksigen dan pesakit bergelut mendapatkan sumber perubatan.

    Satu kajian dibuat oleh kumpulan penyelidikan AS tahun lalu megongsikan bahawa kira-kira 3.4 juta dan 4.7 juta orang telah meninggal dunia. – AFP

    Pekerja kesihatan menginokulasi seorang pelajar dengan vaksin Covishield semasa kempen vaksinasi untuk pelajar berusia 18 tahun ke atas di Kolej Ijazah Kerajaan, Bangalore, India, 4 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...