Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Vodafone setuju jual unit Hungary berjumlah AS$1.8 bilion

    LONDON, 22 OGOS – Kumpulan telekomunikasi Britain, Vodafone bersetuju hari ini untuk menjual divisyen Hungarynya kepada rakan tempatan 4iG dan syarikat induk milik kerajaan Corvinus Zrt pada harga 1.8 bilion euro (AS$1.8 bilion).

    Syarikat gergasi yang disenaraikan di London itu menambah dalam satu kenyataan bahawa penjualan yang dicadangkan itu akan mewujudkan pengendali talian tetap dan telekomunikasi mudah alih kedua terbesar Hungary.

    “Gabungan dengan 4iG ini akan membolehkan Vodafone Hungary… memainkan peranan utama dalam pertumbuhan dan pembangunan masa depan sektor itu sebagai pengendali berskala dan tertumpu sepenuhnya yang lebih kukuh,” tambah Ketua Eksekutif Nick Read dalam kenyataan itu.

    “Entiti yang digabungkan itu akan meningkatkan persaingan dan mempunyai akses yang lebih besar kepada pelaburan untuk meneruskan pendigitalan Hungary.”

    Jualan itu ‘juga menyokong matlamat negara Hungary untuk mencipta … juara kebangsaan’ dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

    Jurucakap Vodafone berkata hasil pendapatan akan digunakan untuk mengurangkan kunci kira-kiranya, atau mengurangkan hutang, ketika ia berusaha untuk membina skala dalam pasaran lain.

    Vodafone Eropah, yang telah melakukan penstrukturan semula selama beberapa tahun, menjangkakan penjualan akan selesai pada penghujung 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...