Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bennacer selamatkan Milan satu mata

    MILAN, 22 OGOS – AC Milan berjaya menyelamatkan satu mata dalam pertemuan sukar menentang Atalanta selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 kelmarin, manakala pemain baharu Napoli, Khvicha Kvaratskhelia menjadi bintang utama dalam kemenangan besar 4-0 ke atas Monza.

    Ismael Bennacer memastikan juara bertahan Milan meraih satu mata di Stadium Gewiss selepas membuat tendangan lencong pada pertengahan separuh masa kedua.

    “Saya merasakan kami boleh melakukan lebih baik. Kami cuba memenangi perlawanan,” kata Bennacer kepada DAZN.

    “Mereka berlatih dengan baik dan sukar untuk kami mencari ruang. Tetapi apabila kami tidak mampu memenangi perlawanan, penting buat kami untuk tidak dikalahkan. Dan hari ini kami tidak tewas.”

    Pasukan bimbingan Stefano Pioli berada di belakang apabila Ruslan Malinovskyi menjaringkan gol pembukaan dalam pertembungan ganas antara kedua-dua buat pasukan bermusuh dan keduanya kini mengumpul empat mada dalam dua perlawanan pertama mereka musim ini.

    Reaksi Ismael Bennacer meraikan gol selepas menyamakan kedudukan untuk Milan dalam pertemuan menentang Atalanta, 21 Ogos lalu. – AFP

    Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini mengkritik Malinovskyi sebelum pertemuan, dan berkata kelab perlu mencari pemain yang ‘boleh menjaringkan lebih enam gol semusim’.

    Pemain tengah Ukraine memberi respons dengan jaringan cantik pada minit ke-29.
    Malinovskyi membuat rembatan kencang yang terlantun ke lutut Pierre Kalulu dan Mike Maignan tidak berpeluang untuk menyelamatkan bola.

    Milan sepatutnya menyamakan kedudukan sebelum percubaan Bennacer, dengan Kalulu membuat tandukan dari jarak enam ela dan tendangan kencang Rafael Leao tersasar pada awal permainan separuh masa kedua.

    Sandro Tonali kemudian terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan dan gagal menewaskan Juan Musso.

    Walau bagaimanapun, lapan minit kemudian Bennacer menyamakan kedudukan buat Milan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...