Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Wai Ching ungguli Vietnam HCMC Skyrun

    KUALA LUMPUR, 31 OKT – Jaguh larian menara Malaysia, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli 2022 Vietnam HCMC Skyrun di Ho Chi Minh City, semalam.

    Wai Ching muncul juara keseluruhan selepas mencatat masa 4 minit 54 saat (s) di Bitexco Financial Tower, Ho Chi Minh City, meninggalkan saingan rapatnya dari Jepun, Takaaki Koyama di tempat kedua (5:35s) dan tempat ketiga milik atlet tempatan, Le Thanh Hung (5:57s).

    Lebih manis, dia juga turut membantu Persatuan Larian Menara Malaysia memenangi saingan dalam acara berpasukan bersama dua lagi atlet, Low Keng Yik dan Ervin Nuing Smail dengan catatan 6:56s.

    “Saya rasa gembira dan puas hati dengan catatan masa hari ini (30 Oktober). Pertandingan kali ini memang hebat kerana terdapat ramai pelari terutama daripada tuan rumah selain dari Jepun,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi bersama media.

    Sebelum ini, Wai Ching, mencipta sensasi apabila menjuarai empat larian menara berturut-turut di Amerika Syarikat (AS).

    Atlet yang berusia 28 tahun itu memenangi larian menara US Bank Tower di Los Angeles pada 30 September, diikuti Space Needle Tower di Seattle pada 2 Oktober, sebelum mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Empire State Building Run-Up di New York pada 6 Oktober dan melengkapkan jelajah AS dengan mengungguli Tunnel to Towers Tampa, Florida pada 8 Oktober. – Bernama

    Wai Ching berasa gembira dapat memenangi larian menara 2022 Vietnam HCMC Skyrun. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...