Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Wanita 84 tahun mati dipukul di Israel

    BAITULMAQDIS, 21 SEPT – Seorang wanita Israel berusia 84 tahun, dipukul hingga mati di Israel pada Selasa, dalam apa yang dipercayai polis sebagai ‘serangan pengganas’.

    Serangan itu berlaku pada sebelah petang di Holon, pinggir selatan Tel Aviv, Xinhua memetik laporan akhbar berbahasa Ibrani, Haaretz.

    Rakaman video pengawasan yang diperoleh pihak berkuasa menunjukkan seorang lelaki menghampiri wanita itu dari belakang dan memukulnya dengan objek, menurut laporan itu.

    Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perkhidmatan perubatan kecemasan di negara itu, Magen David Adom. Beliau ditemui dengan kecederaan di muka, kata perkhidmatan itu dalam satu kenyataan.

    Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Ketua Polis Kobi Shabtai menyifatkan insiden itu sebagai ‘serangan pengganas yang serius.’

    Stesen berita milik Israel, Kan TV, mengenal pasti suspek sebagai lelaki berusia 28 tahun dari bandar Qalqilya di utara Tebing Barat yang bekerja di tapak pembinaan di Holon, berhampiran lokasi serangan.

    Mangsa tinggal beberapa meter dari tempat kejadian dan dalam perjalanan pulang ke rumah apabila suspek menyerangnya, lapor Kan. – Bernama

    Anggota keselamatan Israel berdiri di tapak di mana seorang lelaki dikenal pasti sebagai Mussa Tzarzur mati bunuh diri di bandar Tel Aviv kelmarin. Tzarzur disyaki membunuh seorang wanita berusia 84 tahun pada hari sebelumnya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...