Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Warga sekolah sertai demonstrasi kebakaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seramai 79 warga Sekolah Rendah Haji Tarif, Kampung Tamoi telah mengikuti latihan kebakaran dan pengosongan bangunan serta penerangan keselamatan oleh Unit Perhubungan Awam bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Cawangan Operasi D baru-baru ini.

    Taklimat dan latihan itu diketuai ASO Haji Nordin bin Ahmad dan dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi D, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat, Awang Amirul Hadi bin Haji Junaidi.

    Dengan adanya latihan ini, ia diharap dapat memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran selain mengetahui tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran.

    Latihan seumpama itu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan dalam memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai jabatan juga menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.

    Para pelajar mendengarkan penerangan semasa taklimat kebakaran daripada wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...