Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    WHO kenal pasti patogen berisiko cetus pandemik

    GENEVA, 22 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengatakan pihaknya sedang mengeluarkan senarai baharu keutamaan patogen yang berisiko mencetuskan pandemik atau penularan yang perlu diberi pemerhatian rapi.

    Menurut WHO, ia bertujuan mengemas kini senarai yang digunakan untuk membimbing penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelaburan global, terutama dalam pembuatan vaksin, ujian dan rawatan. Sebagai sebahagian proses yang bermula pada Jumaat lalu, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu mengumpulkan lebih 300 saintis untuk mempertimbangkan bukti mengenai lebih daripada 25 keluarga virus dan bakteria.

    Mereka juga akan mempertimbangkan apa yang dipanggil ‘Penyakit X’ iaitu patogen yang tidak diketahui yang berpotensi mengakibatkan epidemik antarabangsa yang lebih serius.

    “Menyasarkan keutamaan patogen dan keluarga virus untuk langkah balas R&D adalah penting untuk tindak balas epidemik dan pandemik yang cepat lagi berkesan. Tanpa pelaburan R&D yang ketara sebelum pandemik COVID, vaksin yang selamat dan berkesan tidak mungkin dibangunkan dalam masa yang singkat,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan. Senarai terkini itu merangkumi COVID, penyakit yang disebabkan virus Ebola dan virus Marburg, demam Lassa, sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) dan sindrom pernafasan akut teruk (SARS), Nipah, Zika dan Penyakit X.

    Usaha juga dibuat untuk memudahkan ujian klinikal bagi membangunkan peralatan, sementara usaha mengukuhkan pengawasan kawal selia dan etika juga dipertimbangkan dan senarai yang disemak itu dijangka diterbitkan sebelum April 2023. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan mengambil sampel swab daripada seorang wanita untuk diuji COVID di sebuah stesen di Beijing kelmarin. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...