Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wickremesinghe galas tanggungjawab menteri kewangan

    COLOMBO, 25 MEI – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe hari ini diberi tanggungjawab tambahan mentadbir Kementerian Kewangan ketika negara kepulauan itu terus bergelut dengan krisis ekonomi paling teruk pernah berlaku.

    Wickremesinghe, 73, sudah mengangkat sumpah sebagai menteri kewangan dua minggu selepas beliau diundang untuk membentuk kerajaan perpaduan menjelang rundingan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

    Pelantikannya ditangguhkan oleh pertikaian antara Wickremesinghe dan parti Presiden Goatabaya Rajapaksa, Podujana Peramuna Sri Lanka (SLPP) berhubung siapa yang akan mengambil jawatan itu.

    “Parti presiden mahukan portfolio kewangan, namun perdana menteri menegaskan beliau mahukannya jika mahu beliau memimpin negara keluar daripada kekacauan ekonomi,” kata seorang ahli politik terkemuka yang terbabit dalam rundingan itu.

    Wickremesinghe dijangka akan mendedahkan bajet bantuan tidak lama lagi buat penduduk Sri Lanka yang menderita inflasi dan kenaikan harga makanan.

    Rundingan peringkat kakitangan bersama IMF diselesaikan kelmarin, namun ia dijangka akan mengambil tempoh enam bulan buat pemberi pinjaman berpangkalan di Washington itu bersetuju dengan pakej bantuan kewangan, kata pegawai bank pusat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...