Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Xi, Scholz rapatkan hubungan

    BEIJING, 4 NOV – Presiden China, Xi Jinping mengalu-alukan Canselor Jerman, Olaf Scholz ke Beijing hari ini, dengan kedua-duanya berusaha mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi dalam kunjungan yang mencetuskan kritikan terhadap kebergantungan Jerman ke atas kuasa Asia itu.

    Scholz merupakan pemimpin Kumpulan 7 (G7) yang pertama melawat China sejak bermulanya pandemik koronavirus, yang menyaksikan ekonomi nombor dua dunia itu menutup sempadannya dan Xi sebahagian besarnya mengelak diplomasi.

    Kunjungan pemimpin Jerman itu, diiringi oleh eksekutif tertinggi perniagaan, mencetuskan kontroversi di negara tersebut, dibuat sejurus selepas Xi mengukuhkan kuasanya.

    Ketegangan juga meningkat antara Barat dan Beijing atas isu-isu termasuklah Taiwan dan hak asasi manusia.

    Dialu-alukan oleh Xi yang tersenyum lebar di Great Hall of People di Beijing sejurus tiba, Scholz mengatakan dia berharap dapat ‘mengembangkan lagi’ kerjasama ekonomi – namun dalam masa yang sama mengelak menyentuh perkara-perkara sensitif.

    Xi turut menggariskan kepentingan China dan Jerman, dua buah negara yang mempunyai pengaruh yang besar untuk bekerjasama dalam masa-masa yang sering berubah dan ketidakstabilan serta menyumbang lebih lagi kepada keamanan dan pembangunan global, menurut agensi berita Xinhua mengenai pertemuan kedua-duanya. – AFP

    Olaf Scholz bertemu dengan Presiden Xi Jinping di Great Hall of People di Beijing, China, 4 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...