Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Yusof Wahab bawa seni persilatan ke China

    Pelakon dan pengarah berpengalaman, Yusof Wahab, 61, terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan seni mempertahankan diri di Wilayah Shandong, China pada Jun tahun depan.

    Namun, rakaman terpaksa dilakukan terlebih dahulu disebabkan penularan COVID-19 masih melanda China, ketika ini.

    Rakaman seni persilatan dilakukan di perkarangan Istana Lama Seri Menanti, minggu lalu.

    Menerusi rakaman video, Yusof segak berbusana Melayu tradisional memperkenalkan beberapa langkah gerak seni bela diri silat Melayu.

    Pelakon era 1980-an yang dikenali menerusi filem Anak Sarawak itu berkata, ia adalah peluang terbaik untuknya menonjolkan persilatan Melayu ke persada antarabangsa.

    Yusof memperagakan aksi persilatan Melayu di perkarangan Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah. – Agensi

    Katanya, penyertaan itu diyakini mampu mengetengahkan seni warisan Melayu ke pentas dunia kerana membabitkan banyak negara dan pelbagai cabang seni termasuk wusyu dan sebagainya.

    “Saya diberikan tempoh selama 15 minit bagi rakaman seni persilatan dengan menampilkan empat gerak silat berbeza.

    “Ini adalah kali pertama silat Kalung Jawa, diikuti Sayung Jawa dan Pelanduk Tunggal yang juga sejarah daripada pelanduk menendang empat anjing milik Parameswara ketika tiba di Melaka ditonjolkan.

    “Langkah persilatan terakhir ialah tapak Cemanding bagi memenuhi tempoh masa ditetapkan,” katanya ketika ditemui sebaik tamat rakaman persilatan.

    Sementara itu, Pengerusi NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn Bhd, Mazlan Goh Ahmad Goh yang juga penerbit video berkenaan berkata, rakaman itu menonjolkan Yusof dengan gerak seni bela diri silat Melayu yang menjadi satu daripada warisan kebudayaan negara Malaysia.

    “Yusof mendalami lebih 10 jenis seni silat sejak berusia lapan tahun dan mempunyai pengalaman seni mempertahankan diri seperti karate, taekwando dan shaolin,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...