Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Zoey Rahman seronok dapat makan dengan PM

    Pelakon, Zoey Rahman melahirkan rasa syukur apabila berpeluang menyertai program kerohanian sempena tahun baharu iaitu majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 buat pertama kali.

    Berbeza dengan sambutan tahun baharu sebelum ini, Zoey memberitahu dia bertambah teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut serta dalam program tersebut.

    “Pertama kali sertai program sebegini, tambahan pula bersama PM Malaysia. Bagi saya, peluang ini memang susah nak dapat. Alhamdulillah.

    “Biasanya kita sambut tahun baru dengan konsert dan bersuka ria, tapi kali ini berbeza kerana menghormati mangsa banjir kebakaran dan segala bencana.

    “Dapat makan dengan PM pun saya rasa satu peluang yang susah dijumpai. Jadi saya rasa seronok dapat sertai program macam ini,” katanya kepada mStar.

    Pelakon drama Cik Sempurna ini ditemui ketika majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada malam, Jumaat lalu.

    Sementara itu, Zoey berkata sebagai seorang pengaruh media sosial atau Influencer dia perlu mengambil peluang menyebarkan perkara positif.

    Selain itu, Zoey menganggap program seperti itu juga merupakan satu permulaan baik tahun baharu untuk negara yang dilanda pelbagai dugaan. – Agensi

    Zoey Rahman melahirkan rasa syukur apabila berpeluang menyertai program kerohanian sempena tahun baharu bersama PM Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...