Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    1 mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh

    WASHINGTON, 27 MAC – Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa.

    “Kami dengar satu mayat telah ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak,” kata Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.

    Pegawai berkata runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa,  menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu. Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

    Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.

    Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

    “Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan,” kata Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott. “Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terlibat”.

    Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS Joe Biden mahu kerajaan persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

    “Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Biden.

    Kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberangi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6km itu setiap tahun. – Bernama

    Sebuah kapal kontena tersepit di bawah bahagian struktur Jambatan Francis Scott Key selepas kapal itu melanggar jambatan, kelmarin, di Baltimore. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...