Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    10 didakwa seludup minyak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Hampir 20,000 liter diesel diseludup keluar dari Brunei oleh 10 lelaki warga asing baru-baru ini menurut dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwa di mahkamah hari ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin menyatakan 10,000 liter diesel bernilai $3,100 telah dieksport secara haram dari sebuah jeti di Muara pada 25 Mac jam 9:56 pagi oleh tujuh lelaki warga asing.

    Empat lelaki berkenaan iaitu Arwin Usman, Idrus Sane, Sirijudding Bolong, Mas Nur bin Sipa merupakan warga Indonesia manakala tiga lagi warga Myanmar iaitu Chan Nyein Aung, Khant Lin Htut dan Aye Min Han.

    Sementara itu, tiga warga Bangladesh iaitu Jahir Hossen, Md Abu Sayed dan Uzzal Miah didakwa terlibat dalam pengeksportan 9,500 liter diesel bernilai $2,945 di Jalan Serasa pada 25 Mac jam 11:15 malam.

    Majistret Syaffina binti Shahif memerintahkan defendan direman dan menangguhkan kes pada 11 April selepas mendengar pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...