Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    13 Juta berisiko kelaparan akibat kemarau

    NAIROBI, 8 FEB – Program Makanan Sedunia (WFP) menganggarkan kira-kira 13 juta orang di Kenya, Somalia dan Etiopia menghadapi kelaparan teruk berikutan Semenanjung Afrika Timur mengalami kemarau terburuk.

    Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, rantau berkenaan dilanda kemarau sejak beberapa dekad lalu dan mencatatkan keadaan paling kering sejak 1981.

    Pengarah Wilayah WFP di Afrika Timur, Michael Dunford berkata kemarau memusnahkan tanaman dan mengakibatkan kematian ternakan yang luar biasa tinggi.

    Keadaan itu memaksa keluarga di luar bandar yang bergantung pada pertanian untuk meneruskan kehidupan, kini meninggalkan rumah mereka.

    Beliau berkata lebih banyak ancaman dan kesengsaraan dijangka berlaku akibat kekurangan bekalan air selain ramalan hujan di bawah purata pada bulan-bulan akan datang.

    Bekalan makanan gandum diagihkan semasa lawatan Pengarah Program Makanan Sedunia Michael Dunford ke kem pelarian di Adadle, rantau Somalia, Habsyah pada 22 Januari 2022. – AP

    “Hasil tuaian rosak, ternakan mati dan kelaparan semakin meningkat apabila kemarau berulang kali menjejaskan Afrika.

    “Krisis ini memerlukan tindakan kemanusiaan segera untuk mengelak berulangnya tragedi seperti di Somalia pada 2011, di mana 250,000 orang mati akibat kelaparan semasa kemarau yang berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bantuan makanan kini diagihkan merentasi kawasan kering di Kenya, Etiopia dan Somalia, di mana kadar kekurangan zat makanan adalah tinggi dengan kira-kira 13 juta orang berisiko mengalami kelaparan teruk pada suku pertama tahun ini.

    Sekumpulan pakar menyatakan cuaca ekstrem berlaku dengan kerap akibat perubahan iklim, namun Afrika yang menyumbang paling sedikit kepada pemanasan global, paling
    teruk menanggung beban akibatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...