Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    1,700 anjing laut ditemukan mati

    MOSCOW, 4 DIS – Kira-kira 1,700 ekor anjing laut telah ditemukan mati di pantai Laut Caspian di selatan Rusia.

    Pihak berkuasa di wilayah Rusia, Dagestan berkata masih tidak jelas punca kematian haiwan tersebut, tetapi ia mungkin mati secara semula jadi.

    Pegawai serantau pada mulanya berkata 700 ekor anjing laut mati ditemui di pantai tetapi hari ini, Zaur Gapizov, Ketua Pusat Perlindungan Alam Sekitar Caspian berkata, menurut agensi berita RIA Novosti, jumlah haiwan yang mati mencecah 1,700 selepas pemeriksaan menyeluruh di pantai. Gapizov berkata anjing laut tersebut mungkin mati beberapa minggu lalu. Beliau menambah tidak adanya tanda-tanda ia dibunuh oleh pemburu.

    Pakar Agensi Perikanan Persekutuan dan pendakwa memeriksa pantai dan mengumpul data untuk penyelidikan makmal, yang tidak mengesan sebarang bahan pencemaran. Beberapa insiden kematian anjing laut sebelum ini adalah berpunca daripada sebab semula jadi.

    Data mengenai jumlah anjing laut di Caspian adalah berbeza. Agensi perikanan berkata jumlah keseluruhan anjing laut Caspian adalah 270,000 hingga 300,000, sementara pusat Gapizov meletakkan jumlah pada 70,000. – AP

    Gambar serahan televisyen RU-RTR Rusia menunjukkan wartawan dan pekerja Pejabat Pendakwa Alam Sekitar berjalan berdekatan bangkai anjing laut di pantai Laut Caspian. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...