Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    18,010 terima kurnia peribadi

    Oleh Sim Y. H. & Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, sekali lagi telah berkenan mengurniakan kurnia peribadi Baginda kepada seramai 18,010 orang penerima di seluruh negara daripada golongan-golongan tertentu terdiri daripada orang-orang berkeperluan khas, anak-anak yatim, orang fakir miskin dan penerima bantuan kebajikan bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Kurnia peribadi Baginda Sultan itu merupakan kali ke-15 ia diadakan yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan-golongan tertentu di negara ini.

    Pengagihan kurnia peribadi pada kali ini dimulakan dengan pengagihan oleh paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia selaku wakil-wakil peribadi Baginda di keempat-empat daerah dengan diikuti pengurniaan secara serentak di beberapa pusat pengagihan yang telah ditetapkan.

    Berangkat bagi menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi bagi Daerah Brunei dan Muara di Istana Nurul Iman ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota di Dewan Resepsi, Istana Nurul Iman dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menghadiri majlis penyampaian kurnia peribadi di Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyempurnakan penyampaian kurnia peribadi kepada salah seorang penerima Daerah Tutong pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan berangkat dan menyempurnakan kurnia peribadi di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kaunter-kaunter disediakan untuk memudahkan para penerima menerima kurnia mereka. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Antara salah seorang penerima kurnia peribadi yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    ATAS & BAWAH : Para penerima menunggu giliran menerima kurnia peribadi Baginda Sultan di Istana Nurul Iman dan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Para penerima menunggu giliran menerima kurnia peribadi di Dewan Pusat Insani Seria, Daerah Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

    Di majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seramai 1,000 orang penerima.

    Sementara itu, berkenan berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Daerah Belait ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik di Dewan Pusat Insani Seria, Daerah Belait dijunjung oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Arif Dato Seri Setia Haji Johar bin Haji Muhamad. Di majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seramai 1,000 orang penerima.

    Manakala itu, di Daerah Tutong, berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Arif Dato Seri Setia Haji Zaimi bin Haji Talip.

    Di majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seramai 1,000 orang penerima.

    Pada masa yang sama, berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Daerah Temburong ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali.

    Di majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan menyampaikan kurnia peribadi Baginda Sultan kepada seramai 901 orang penerima.

    Pengurniaan kurnia peribadi Baginda Sultan di keempat-empat daerah pada hari ini, menandakan bermulanya secara serentak pengagihan kurnia-kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui pusat-pusat pengagihan yang telah ditetapkan iaitu Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan Dewan Bridex, Jerudong bagi Daerah Brunei dan Muara, Dewan Pusat Insani Seria bagi Daerah Belait serta Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong bagi Daerah Tutong.

    Pengurniaan berkenaan jelas memperlihatkan keprihatinan Baginda Sultan yang berterusan terhadap memeduli hal ehwal golongan-golongan tertentu di negara ini supaya mereka tidak tersisih daripada mendapat perhatian Baginda dalam suasana negara tidak lama lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...