Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    2 majikan dikesan lakukan kesalahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Dua majikan telah dipercayai melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 semasa Operasi Kelinga 46/2023 dan Operasi Kelinga 47/2023 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh di dua buah perusahaan di Daerah Belait baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, di sini, operasi itu bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Jabatan Buruh menyatakan di lokasi pertama di Jalan Pretty, Kuala Belait, majikan dipercayai telah melakukan dua kesalahan iaitu di bawah Bab 63, Perintah Pekerjaan 2009, tidak memberikan cuti rehat satu hari dalam satu minggu dan Bab 72, Perintah Pekerjaan 2009, tidak memberikan cuti sakit kepada dua pekerja asing yang digaji di bawah jaminannya.

    Sementara itu, di lokasi kedua di Jalan Pretty, Kuala Belait, majikan didapati melakukan kesalahan di bawah Bab 10, Perintah Pekerjaan 2009, tidak memberikan kontrak perkhidmatan secara bertulis.

    Jabatan Buruh mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar mana-mana kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Bagi maklumat lanjut, bolehlah hubungi Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Buruh

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...