Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    2022 tahun paling panas buat Perancis

    PARIS, 1 DIS – Tahun 2022 direkodkan sebagai tahun paling panas di Perancis, tanpa mengambil kira bacaan suhu pada Disember, menurut perkhidmatan meteorologi negara, Meteo France semalam.

    Perkhidmatan itu memaklumkan bahawa secara purata, suhu bagi tahun ini secara keseluruhan akan melebihi 14.2 darjah Celsius, lapor Xinhua.

    Gelombang haba yang melanda Perancis ketika musim panas lalu menyebabkan 2,816 kematian berbanding rekod pada lima tahun lalu, menurut agensi kesihatan awam Perancis pada awal November.

    Meteo France memaklumkan cuaca panas terik ditambah dengan musim kemarau melanda sebahagian besar negara pada tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...