Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    23 pemegang kad Baiduri terima ganjaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Promosi Ganjaran Besar dengan Kad Baiduri telah melabuhkan tirainya dengan penyampaian hadiah kepada 23 orang pemenang bertuah di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Perniagaan Kad di Bank Baiduri, Davern Lim.

    Pada majlis itu, Dayangku Betty Suzanne binti Pengiran Bungsu membawa pulang satu set kelengkapan rumah; Wong Nyuk Foon memenangi Apple iPhone 14 Pro 256GB, Apple Watch S8, dan iPad 10.2 (9th Gen); dan Jessamine Juanita Yee Kuan Mey pula memenangi tiket river cruise peribadi untuk 60 orang dengan bufet premium, selaku pemenang-pemenang utama tiga teratas.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang bulanan kedua dan ketiga.

    Seramai 10 orang pemenang menerima hadiah bagi bulanan kedua terdiri daripada Ampuan Hajah Hartini binti Ampuan Abu Bakar; Dayang Yasmin Faridah binti Abdul Manan; Hii Tung Shing; Dayang Siti Najmoon binti Haji Md Esa; Awang Muhammad Khairun Anwar bin Bakar; Pengiran Haji Jafryjin bin Pengiran Haji Jaya; Archivald Nava Queri; Awang Muhammad Mansur Najib bin Dr Haji Mohammad Yusof; Lim Tiong Heng dan Ling Yang Huy.

    Sementara, 10 orang lagi terpilih bagi hadiah bulanan ketiga terdiri daripada Dayang Izzah binti Awang Haji Ahmad; Chieng Chiew Yi; Yau Yee Hui; Awang Muhammad Fadullah bin Mohd Dani; Pamela Lau Shin Yi; Bryan Boon Wu Chieh; Awang Hafriz Fayadh bin Haji Musa; Dayang Renny binti Mohamad; Richard Baluan Eclipse; dan Awangku Ahmad Raihan bin Pengiran Mohd Burhan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, promosi yang bermula pertengahan Oktober 2022 hingga 12 Januari lalu itu adalah bagi pemenang kad yang membelanjakan jumlah minimum pada kad kredit atau debit Baiduri.

    Menjelaskan mengenai promosi berkenaan, Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata mereka berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad dengan pelbagai hadiah daripada alat teknologi terkini hingga baucar beli-belah dan pengalaman gaya hidup yang unik.

    “Kami berharap dapat melibatkan pelanggan kami dengan lebih banyak promosi menarik pada masa hadapan,” tambahnya.

    Gambar ramai para pemenang promosi Ganjaran Besar dengan Kad Baiduri di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...