Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    30 guru pengawas diiktiraf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Seramai 30 orang guru pengawas pasukan Kadet Bulan Sabit Merah dari 12 buah sekolah menengah dan maktab kerajaan telah menerima Sijil Kursus Pertolongan Cemas yang berlangsung di Ruang Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad @ Mohamat.

    Kursus yang diadakan secara tahunan tersebut telah berlangsung selama lima hari bermula 16 Mac lalu hingga hari ini dan telah disertai oleh guru pengawas pasukan Kadet Bulan Sabit Merah sekolah-sekolah menengah.

    Antara tujuannya adalah untuk memberikan pengiktirafan dan kemahiran khusus kepada guru-guru pengawas sebagai seorang sukarelawan dalam pengendalian pertolongan awal kecemasan.

    Salah seorang guru menerima Sijil Kursus Pertolongan Cemas.
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...