Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    9 sertai Program EmployAbility pengambilan ke-2

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Dalam usaha untuk menjana pekerjaan dan memupuk keupayaan, kemahiran dan kompetensi tenaga kerja tempatan, Brunei LNG Sdn Bhd telah melancarkan program pelaburan sosial utamanya, EmployAbility pada awal 2022.

    Bersempena Minggu Tenaga Brunei, Persidangan dan Pameran dan Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022, Brunei LNG telah mengadakan Majlis Penandatanganan bagi Pengambilan ke-2 Program Pe-rantisan Brunei EmployAbility yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persida-ngan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Pada majlis berkenaan, sembilan orang pelatih dalam perkhidmatan yang merangkumi empat orang scaffolders, tiga marker-fitters dan dua riggers dari Adinin Works and Engineering dan Tendrill International telah dipilih untuk ditingkatkan kemahiran di organisasi latihan berdaftar (RTOs) selama tiga bulan diikuti dengan empat bulan latihan sambil bekerja.

    Pada majlis itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib mengetengahkan hasratnya untuk membangunkan tenaga kerja Brunei yang berupaya untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dan menjadi penyumbang utama di rantau ASEAN.

    Beliau juga menyatakan harapan untuk mengurangkan kadar pengangguran dengan mengukuhkan keupayaan tempatan Brunei dan membina tenaga kerja tempatan berkemahiran mampan bagi masa hadapan negara.

    Sementara itu, Setiausaha Tetap, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Haji Azhar bin Haji Yahya dalam ulasan khasnya di majlis itu memuji usaha Brunei LNG untuk menerajui program perantisan dan pelaburan sosial utama untuk mengurangkan pengangguran di negara ini dengan meningkatkan kemahiran serta keupayaan tenaga kerja tempatan.

    Beliau menekankan bahawa apa yang membezakan EmployAbility sebagai satu inisiatif adalah penjajaran antara Brunei LNG dengan empat rakan kongsi perniagaannya iaitu Adinin Works and Engineering, Tendrill International, Zainal Daud dan Exceltech Solutions, di mana mereka sama-sama komited terhadap visi dan matlamat untuk membina tenaga kerja tempatan Brunei yang mampan bagi menggantikan kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing, sekali gus mengurangkan pengangguran.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bergambar ramai dengan pelatih-pelatih Program Perantisan EmployAbility pengambilan pertama dan kedua.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...