Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ADB lulus AS$73 juta tingkatkan perikanan Kemboja

    PHNOM PENH, 8 DIS – Bank Pembangunan Asia (ADB) yang berpangkalan di Manila meluluskan pakej pembiayaan sebanyak AS$73 juta untuk meningkatkan daya tahan iklim dan kemampanan perikanan pantai dan marin di Kemboja, menurut kenyataan bank berkenaan semalam.

    Pakej itu termasuk pinjaman bank AS$41 juta dan geran AS$22 juta serta pinjaman AS$10 juta daripada Dana Infrastruktur ASEAN, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

    “Projek ini adalah pelaburan penting pertama ADB dalam sektor perikanan marin dan merupakan pencapaian penting Pelan Tindakan untuk Lautan Sihat dan Ekonomi Biru Mampan,” kata pakar sumber asli dan pertanian kanan ADB untuk Asia Tenggara, Alvin Lopez.

    Beliau berkata projek itu adalah hasil beberapa strategi utama kerajaan, termasuk rangka kerja perancangan strategik untuk perikanan selain komitmen kerajaan Kemboja mengenai prinsip utama pengurusan perikanan marin bagi pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber perikanan marin yang mampan.

    Menurut kenyataan itu, subsektor perikanan merupakan komponen penting dalam ekonomi Kemboja, menyumbang lapan peratus hingga 10 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara. Perikanan marin menyumbang 13 peratus daripada subsektor perikanan, namun penangkapan ikan yang berlebihan dan perubahan iklim telah menyebabkan kemerosotan besar stok ikan yang menjejaskan komuniti pantai dan perniagaan selain mengakibatkan harga ikan lebih tinggi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...