Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Muhammad Azeem ke AS berbekalkan ‘mentaliti juara’

    PETALING JAYA, 8 DIS – Pelari pecut sensasi Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan ke Amerika Syarikat (AS) dengan berbekalkan semangat dan mentaliti juara bagi memastikan beliau kekal fokus serta bertahan untuk mencapai misinya sepanjang empat tahun menyambung pengajian di negara itu.

    Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) berusia 18 tahun dari Perak yang akan berangkat pada 1 Januari depan ke Universiti Auburn, Alabama di Amerika Syarikat itu mahu memastikan pengorbanan zaman mudanya bertungkus-lumus menempa nama dalam arena olahraga berbaloi.

    “Saya rasa tidak jadi masalah sebab universiti juga sudah janji untuk menjaga segala kebajikan sepanjang di AS, selain berkemungkinan akan diberikan peluang untuk pulang ke tanah air sekali setahun untuk tempoh panjang iaitu satu bulan. 

    “Tahun ini sudah banyak pengorbanan saya lakukan seperti tidak sambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama ahli keluarga, jadi saya mahu pastikan segala pengorbanan ini berbaloi.

    “Mungkin akan ada beberapa halangan di sana (AS), namun semangat saya untuk menjadi juara lebih besar,” katanya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman barisan atlet negara yang tercalon dalam Top 5 kategori Anugerah Ikon Sukan (AIS) di Hotel Le Meridien di sini, baru-baru ini. 

    Dalam pada itu, Muhammad Azeem berkata beliau berpuas hati dan bangga dengan pencapaiannya sepanjang menggalas cabaran Malaysia ketika menyertai kejohanan di dalam dan luar negara, namun tidak mahu selesa dalam kedudukannya kini.

    “Saya berpuas hati dengan pencapaian musim ini dan bersemangat untuk tahun hadapan. Insya-Allah akan cuba yang terbaik untuk menjadi atlet Malaysia pertama mencatat rekod larian di bawah 10 saat (s) dan layak ke acara 100 meter (m) Sukan Olimpik.” – Bernama

    (Dari kiri): NurJannaton Abdul Jalil; Muhammad Hakim Danish Ramli; Tahita Najmunissa Muhammad Zaid;  Muhammad Azeem Fahmi dan Hafizh Syahrin bergambar dengan hadiah utama berupa kereta elektrik jenama Appollen sempena Majlis Pengumuman Pra Kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro di sebuah hotel, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...