Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Airshow pamer alat penerbangan ciptaan China

    ZHUHAI, 8 NOV – Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China dikenali sebagai Airshow China membuka tirainya di sini, hari ini.

    Dijadualkan berlangsung sehingga 13 Nov, pameran itu akan mengetengahkan sejumlah alat penerbangan yang dicipta oleh China kepada para pengunjung.

    Menurut penganjur, ruang pameran penerbangan angkasa akan disajikan dengan kombinasi tiga modul stesen angkasa China, dan tiga model roket pembawa termasuk Long March-5B dan Long March-9.

    Pada masa ini, Long March-5B merupakan roket dengan kapasiti bawaan paling kuat di orbit Bumi rendah hasil ciptaan China. Manakala Long March-9 ialah roket berat pada masa hadapan yang mempunyai kapasiti dari 140 hingga 160 tan.

    Pengunjung dapat meneroka modul teras Tianhe dan modul eksperimen Tianwen bagi merasai suasana di stesen angkasa dalam pameran kali ini. Selain itu, dron Feihong yang ditempatkan di ruang areoangkasa, buat pertama kalinya dipamerkan dalam pameran tahun lalu juga memperkenalkan produk baharunya pada pameran kali ini iaitu Feihong-97A. – Bernama

    Gambar yang diambil pada 7 November 2022 menunjukkan jet penumpang buatan China pertama C919 yang dibangunkan oleh Commercial Aircraft Corp of China, sehari sebelum Pameran Udara China di Zhuhai, selatan wilayah Guangdong, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...