Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ais Antartika paling rendah pernah direkodkan

    PARIS, 8 FEB – Kawasan Lautan Antartika yang diliputi ais adalah yang paling rendah dalam rekod pada Januari, mendedahkan bumi kepada lebih banyak haba pemanasan planet, menurut laporan saintis, hari ini.

    Januari lalu turut direkodkan bulan paling hangat di Eropah, dengan suhu pada Tahun Baharu mencecah paras paling tinggi di beberapa bahagian di rantau itu, menurut pemerhati iklim Kesatuan Eropah, Copernicus (C3S).

    Pencairan ais laut tidak mempunyai kesan ketara ke atas paras laut kerana ais sudah berada di dalam air laut.

    Tetapi ia mendatangkan masalah kerana ia membantu mempercepatkan pemanasan global.

    Apabila ais laut putih – yang memantulkan sehingga 90 peratus tenaga matahari kembali ke angkasa – bertukar gelap, laut yang tidak beku, maka air menyerap peratusan haba matahari yang sama.

    Di peringkat dunia, tahun lalu merupakan yang kelima dan keenam paling hangat dalam rekod walaupun dipengaruhi oleh corak cuaca semula jadi La Nina yang menyejukkan.

    Eropah mencatatkan musim panas paling hangat, yang dipacu oleh kemarau dan kebakaran hutan di benua itu. – AFP

    Kawasan Lautan Antartika yang diliputi ais adalah yang paling rendah pernah direkodkan pada Januari.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...