Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Aktivis dipenjara 28 tahun gara-gara hina monarki

    BANGKOK, 26 JAN – Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghina monarki dalam hantaran online, kata peguamnya hari ini.

    Undang-undang lesemajeste kerajaan itu adalah antara yang paling keras di dunia dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan ia disalahgunakan untuk menyekat perdebatan awam.

    Mahkamah di bandar utara Chiang Rai mendapati Mongkol Tirakote, 29, seorang penjual pakaian dalam talian dan aktivis, bersalah dalam dua kes fitnah diraja yang berasingan.

    Hukuman penjaranya pada asalnya 42 tahun tetapi mahkamah mengurangkannya berikutan keterangannya, kata peguamnya kepada AFP.

    Peguamnya berkata Mongkol berhasrat untuk membuat rayuan dan mahkamah membenarkannya diikat jamin 300,000 baht (AS$9,100).

    Sabitan fitnah diraja di Thailand boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

    Mongkol juga berdepan pertuduhan fitnah diraja ketiga yang berasingan dalam online tahun lalu dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Mac ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...