Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Anak tempatan tersenarai anugerah IBR ASEAN

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Satu lagi pencapaian terbaik diraih anak tempatan apabila FDr Ar Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman (Yanty Rahman) disenarai pendek dalam International Business Review ASEAN Awards 2022 bagi Anugerah Legasi Kepimpinan dalam Sektor Seni Bina dan Reka Bentuk.

    Selaku pengasas, arkitek utama dan pengarah Eco Bumi Arkitek (EBA), beliau telah mendapat kemasyhuran sebagai salah seorang arkitek terkemuka di Negara Brunei Darussalam dan firma berkenaan telah terlibat dalam beberapa projek utama tanah air.

    Ini termasuklah pengalaman beliau menjadi perunding utama untuk mereka bentuk Brunei Prime Minister’s Office’s Moments dan Momentos Museum; arkitek bersekutu tempatan dengan kerjasama Arkitek Pei terkenal dari New York untuk Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan mengetuai arkitek bagi Abode Resort & Spa iaitu salah sebuah tempat peranginan mewah berkuasa solar pertama di Brunei.

    Beliau juga merupakan presiden wanita pertama bagi Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, dan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) sebagai satu penghormatan yang diberikan secara eksklusif oleh kerajaan Brunei kepada mereka yang mencapai kepujian dalam bidang masing-masing atau yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat di negara ini.

    FDr Ar Siti Rozaimeriyanty disenarai pendek dalam IBR ASEAN Awards 2022 bagi Anugerah Legasi Kepimpinan dalam Sektor Seni Bina dan Reka Bentuk. – Gambar serahan Prime Leadership
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...