Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Aplikasi teknologi angkasa kesan tapak pelupusan sampah haram

PUTRAJAYA, 1 FEB – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengaplikasikan teknologi angkasa bagi mengesan lokasi tapak pelupusan sampah haram dengan tepat di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup dan dijangka sasaran penutupan 100 tapak pelupusan sampah haram bagi tempoh 100 hari pentadbirannya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Isu pengurusan sisa pepejal sewajarnya diteliti dengan terperinci dan diselesaikan dengan segera bagi memberi kesejateraan kepada rakyat Malaysia.

“Kegagalan menangani isu ini boleh memberi impak negatif kepada kebersihan di kawasan setempat sehingga menjejaskan kualiti kesihatan dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata KPKT turut menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan dalam memastikan tiada sebarang kegiatan pencerobohan tanah bagi tujuan tapak pelupusan sampah haram. – Bernama

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -