Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bangkok bakal dikenali dengan nama ‘Krung Thep Maha Nakhon’

    BANGKOK, 16 FEB – Bangkok, ibu negara Thailand bakal dikenali ‘Krung Thep Maha Nakhon’, menurut Pejabat Penaung Diraja (ORST).

    Kabinet Thailand kelmarin meluluskan pertukaran berkenaan, tetapi penggunaan nama ‘Bangkok’ masih diiktiraf.

    “Nama rasmi baharu itu hanya berkuat kuasa selepas disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti draf rang undang-undang serta dipantau Kementerian Luar,” menurut ORST.

    Nama Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...