Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Bantahan pusingan kedua

    PARIS, 31 JAN – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini berdepan gelombang baharu kemarahan rakyat berhubung rancangannya untuk memperbaharui pencen, dengan mogok dan protes di seluruh negara menyebabkan gangguan meluas dalam pengangkutan, sekolah dan perkhidmatan awam lain.

    Penunjuk perasaan yang diketuai oleh kesatuan tampil untuk tunjuk perasaan besar-besaran buat kali kedua dalam tempoh kurang dua minggu, dengan harapan untuk memaksa Macron membatalkan rancangannya untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, pembaharuan utama bagi mandat kedua beliau sebagai presiden.

    Sumber polis berkata pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk berdepan sehingga 1.2 juta orang yang turun ke jalan raya di seluruh negara.

    Jika disahkan, jumlah itu boleh melebihi 1.1 juta yang keluar membantah pada 19 Januari menentang cadangan perubahan itu.

    “Kami berharap bilangan yang keluar membantah sekurang-kurangnya sebanyak itu lagi,” bos kesatuan CGT berhaluan kiri, Philippe Martinez, memberitahu media pada hari ini, sambil menambah akan ada 250 perarakan bantahan.

    Tetapi Macron tidak menunjukkan tanda untuk berundur, kelmarin menegaskan bahawa pembaharuan itu ‘penting’ untuk ‘menyelamatkan sistem pengagihan pencen’.

    Kira-kira 11,000 polis telah dikerahkan, dengan 4,000 ditempatkan di Paris di mana beberapa ratus pencetus kekacauan dijangka, menurut kementerian dalam negeri.

    Perarakan pertama bermula pada 10 pagi (0900 GMT), dengan beberapa ahli politik pembangkang terkemuka mengambil bahagian. – AFP

    Penunjuk perasaan yang menentang pembaharuan pencen kerajaan Perancis mengambil bahagian dalam perarakan bantahan, di Bayonne, barat daya Perancis, kelmarin. – AP4
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...