Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barcelona kembali duduki tempat ke-2

    MADRID, 11 APRIL – Barcelona berhasil mendapatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan kedua hingga terakhir, Levante dalam liga Sepanyol kelmarin, dengan pemain gantian, Luuk De Jong menjaringkan gol pada masa kecederaan selepas kelab Catalan tersebut melepaskan peluang tiga penalti pada separuh masa kedua perlawanan tersebut.

    Kemenangan tersebut melanjutkan rekod tanpa kalah Barcelona kepada 15 perlawanan dalam semua pertandingan dan mengembalikan pasukan tersebut ke tempat kedua liga selepas ia dilonjakkan oleh Sevilla pada Sabtu lalu.

    Barcelona sekarang mempunyai 12 mata di belakang pasukan pendahulu, Real Madrid dengan satu perlawanan di dalam tangan. Madrid telah menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan Sabtu lalu.

    Kempen Barcelona bermula selepas Xavi menurunkan Pedri Gonzalez ke dalam perlawanan pada awal separuh masa kedua dengan pasukan mereka yang ketinggalan satu gol. Pemain perancang berusia 19 tahun itu direhatkan sebelum perlawanan timbal balik Barcelona menentang Eintracht Frankfurt pada suku akhir Liga Europa pada Khamis. Barcelona dan Eintracht seri pada perlawanan pertama 1-1 di Jerman pada minggu lalu.

    Jose Luis Morales meletakkan Levante di hadapan dengan menukar sepakan penalti pada minit ke-52 selepas kekasaran oleh Dani Alvez. Penalti kedua untuk tuan rumah datang pada empat minit kemudian selepas bola baling oleh pemain pertahanan Barcelona, Eric Garcia, dengan Roger Marti tidak mendapatkan sepakan penalti tersebut.

    Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan untuk Barcelona dengan tandukan daripada hantaran lintang Ousmane Dembele pada minit ke-59, dan Pedri menjaringkan gol penentuan dari dalam kawasan pada minit ke-63.

    Sementara itu, Levante menyamakan kedudukan selepas satu lagi penalti pada minit ke-83 selepas berlaku kekasaran oleh pemain pertahanan Barcelona, Clement Lenglet dengan Gonzalo Melero menyempurnakan rembatannya daripada sepakan penalti sebelum De Jong mendapat gol kemenangan lewat selepas hantaran daripada Jordi Alba. – AFP

    Reaksi Pierre-Emerick Aubameyang meraikan bersama Ousmane Dembele selepas berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan La Liga di antara Levante dan Barcelona di Stadium Ciutat de Valencia, Valencia, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...