Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemimpin Austria temui Putin

    KRAMATORSK, UKRAINE, 11 APRIL – Canselor Austria hari ini akan menjadi pemimpin Eropah pertama mengadakan kunjungan ke Moscow sejak serangan Rusia ke atas Ukraine, ketika Kyiv bersedia untuk menghadapi serangan Rusia di timur negara itu.

    Karl Nehammer berkata dia akan bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin dan dijangka akan menimbulkan dakwaan jenayah perang di sekitar Kyiv yang terjejas di bawah pendudukan Rusia, termasuk bandar Bucha.

    Pihak berkuasa Ukraine berkata lebih 1,200 mayat ditemui di kawasan itu setakat ini dan mereka sedang mempertimbangkan kes itu ke atas ‘500 suspek’, termasuk Putin dan para pegawai tertinggi Rusia lainnya.

    Pasukan Rusia kini mengalihkan fokus mereka ke rantau Donbas di timur, di mana Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata tentera Rusia bersedia ‘bagi operasi lebih besar’.

    Rusia dipercayai mencari satu link antara Crimea yang diduduki dan wilayah pemisah yang disokong Moscow, Donetsk dan Lugansk di Donbas.

    “Mereka malah boleh menggunakan peluru berpandu ke atas kami…namun kami bersedia bagi tindakan mereka. Kami akan menjawab,” kata Zelensky. – AFP

    Gambar gabungan menunjukkan Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa mesyuarat bersama Canselor Austria, Karl Nehammer pada 31 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...