Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    BDBA bakal anjurkan AGM awal Jun nanti

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dijadualkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 6 Jun nanti di Restoran Chin Wah sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan mereka.

    Pengerusi BDBA, Koo Kong Loi berkata, mesyuarat tersebut bukan sahaja menjadi platform untuk membincangkan dan melaporkan aktiviti persatuan tetapi juga untuk mengemukakan cadangan yang boleh diambil bagi menyokong aktiviti sukan bola keranjang di daerah itu dengan lebih baik.

    Beliau juga menambah, berikutan pandemik global, banyak aktiviti yang lazimnya diadakan persatuan itu setiap tahun terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

    Di samping itu, pemilihan ahli majlis baharu bagi tahun 2022-2024 untuk persatuan tidak akan dijalankan atas sebab yang sama, dan lembaga pengarah persatuan telah bersetuju untuk menangguhkan pemilihan ke tahun hadapan dengan harapan keadaan semasa akan menjadi reda.

    Di sebalik halangan itu, beliau turut menyatakan pandangan yang positif terhadap masa depan berhubung peralihan fasa endemik kerana persatuan akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan bersedia untuk merealisasikan misi persatuan dalam menyokong sukan itu melalui penganjuran pelbagai bengkel sukan, latihan, dan kejohanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...