Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Belanda pindah 150 pendatang, elak pusat sesak

    THE HAGUE, NETHERLANDS, 26 OGOS – Pihak berkuasa telah memindahkan 150 pendatang haram lewat kelmarin dari pusat pencari suaka yang sesak di timur laut Belanda yang ditempatkan di dua buah dewan sukan di pusat bandar dalam usahanya mengurangkan penderitaan sesetengah orang yang telah berkhemah di udara terbuka dalam suhu musim panas yang terik.

    Bandar Apeldoorn hari ini mengumumkan ia telah menyediakan tempat penginapan jangka pendek untuk meredakan krisis dan pencari suaka akan berpindah selepas empat hari ke tempat lain.

    Beratus-ratus pendatang telah tidur di luar rumah di dalam keadaan tidak selesa di luar kampung kecil Ter Apel kerana pusat suaka di sana terlalu penuh untuk menempatkan mereka, sekali gus menggambarkan perbandingan dengan kem pendatang yang sesak di pulau-pulau Greece.

    Menteri yang bertanggungjawab dalam isu migrasi dan suaka, Eric van der Burg, berkata menjelang mesyuarat Kabinet hari ini bahawa beberapa majlis perbandaran telah menyatakan kesediaan dalam membantu membaik pulih tempat perlindungan pelarian tetapi tidak menjanjikan kem sementara di luar pusat suaka akan kosong sepenuhnya menjelang petang Jumaat.

    Seorang anak damit berusia tiga bulan meninggal dunia di pusat Ter Apel minggu ini. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian manakala dua lelaki dibawa ke hospital, seorang selepas mengalami serangan jantung dan seorang lagi yang diabetesnya tidak dirawat semasa dalam pelarian. – AP 

    Beratus-ratus pendatang mencari perlindungan bermalam di luar pusat pencari suaka yang sesak di Ter Apel, utara Belanda. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...